Nov 27, 2004

Sesudah Lebaran..

Aku kat umah nenek ni. Hmm..ngah lipat baju, sempat plak menaip kejap..hehe. 2 hari lagi aku akan berangkat semula ke kampus hidup. Cukuplah cuti almost a month. Aku perlu teruskan jihad utk sem baru. Sekali fikir memang rindu nak pulang semula ke kampus dan adakalanya rasa berat nak balik semula..best sangat kot cuti ni..hehe.

Anyway, a lot of thank you for everyone yg sudi kirimi kad raya utk ku. Well, mungkin yg paling best dari Bro Zul (really wanna mention his name..hhehe) Siap ade gambo lagi. Pelik sket kali ni, pasal aku dapat kad raye kebanyakan dari lelaki dan hanya satu dari Ayu. Hmm..ramai pompuan kirim kat lelaki dan ramai lelaki antar kat kaum wanita kot..hehe. Teori kad raya aku.

Aku dah nengok result. Ape nak cakap, seperti yang kusangka terjadi..ceh! Cam lagu plak. Hmm..result aku memang poyo dan aku terima seadanya. Aku memang layak lah utk result yg menurun reputasinya. Sedih? Kecewa? Bohong kalo aku kata tidak, tapi aku suka switch everything kepada positif. Yelah..kalo bukan aku yg bagi semangat pada diri sendiri..sape lagi?

Semester baru akan bermula dan aku akan pastikan yang aku akan kerja kuat. Sesusah mana pun subjek tu, aku wajib berusaha. Impian aku utk kembali mendominasi angka 3..yeah!! My feveret number. Aku teringat kekata senior waktu di matrik dulu. Kat maincamp ni mmg susah nak score katanya, nak2 ngan lecturer nye yg dari pelbagai latar belakang. Erm..aku dengar je lah kata2 mereka dan sebenarnya keputusan dan segalanya di tangan aku. Kalo aku ikutkan kata2 mereka jadi mind set, aku pasti tak ke mana. Aku kena usaha dan sesungguhnya kemampuan tiap manusia malah kebolehan kita ada kepelbagaiannya. Penting utk difikir ialah cara guna yg bijak dan bagaimana bertindak. Dulu aku bleh dapat deanlist, nape skang tak bleh..rite?

Hidup bukanlah selalu bahagia..terkadang kena terima hakikat bersusah. Positifnya perlu dicari dan itulah yg perlu aku lakukan. Memang aku akui yg kehidupan di maincamp tak mudah mana. Aku bersyukur kerana utk saat ini aku berjaya penuhi kemahuan dari segi sosial aku. Cara berpesatuan dan keterlibatan dalam bidang kefasilitatoran banyak membantu aku utk terus bersikap matang dan mengenali manusia lain. Aku katakan..berjalan, melihat dan mentafsir. Bukan hanya pandang dengan mata yg kosong tapi gesaan utk menterjemah apa yg aku lihat depan mata. Nikmat aqal..itu lah darjat tertinggi abid Tuhan.

Buat kali ini, aku azamkan utk terus mengemudi hati ke jalan yg lebih berkat. Kamus hidup perlu aku susun kembali dan natijah kegagalan lampau perlu aku semarakkan dengan keyakinan den kesungguhan. Walau cemerlang dalam bidang lain, pelajaran yg perlu aku utamakan. Nak ke tak nak?? Akulah penjawab segala dan aku tak mahu ayah mak hanya membanggakan aku tanpa sebarang alasan. Berjuang ke akhirnya..InsayaAllah :)

No comments: